Linda Rafar tuntut permohonan maaf

Linda Rafar. Foto: Nurul Hafidzah & Associates
Linda Rafar. Foto: Nurul Hafidzah & Associates
A
A
A

PENYANYI Linda Rafar menuntut permohonan maaf terhadap lebih daripada 100 orang yang dianggap telah menjatuhkan reputasi, maruah dirinya dan keluarga sehingga menjejaskan perniagaan dan urusan harian mereka.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Linda yang diwakili peguamnya Nurul Hafidzah & Associates, senarai sebenar mereka yang bakal dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka itu akan dikeluarkan selepas senarai akhir dibuat.

“Sidang media ini adalah untuk menutup segala spekulasi. Mereka yang menulis kenyataan tidak benar di laman sosial masing-masing akan diminta untuk meminta maaf di platform mana status tersebut dilakukan.

Linda Rafar. Foto: Nurul Hafidzah & Associates
Linda Rafar. Foto: Nurul Hafidzah & Associates

“Hal ini kerana kita tidak mahu galakkan orang untuk buat spekulasi tanpa fakta,” ujar Nurul.

Sementara itu, Linda masih lagi dalam proses menyeranaikan komen-komen yang betul-betul mengaibkan dirinya dan keluarga

“Komen-komen tersebut memberi kesan kepada saya dan keluarga. Tak boleh nak kerja, nak keluar kerana orang asyik bertanya. Beri impak dari segi perniagaan.

“Jadi inilah cara untuk menjelaskan dan menutup segala spekulasi tersebut,” jelas Linda.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Linda menjelaskan bahawa dia meminta bantuan peguam untuk menyiasat mengenai perkara yang sedang viral ketika itu.

“Dan apa yang saya dapat tahu daripada peguam bahawa saya tidak memfitnah sesiapa pun. Tetapi cerita tersebut telah ditokok tambah oleh orang tidak tahu apa-apa cerita di sebalik kejadian sehingga mengaibkan dan menjejaskan dirinya dan keluarga,” katanya lagi.