Konkrit hempap kereta: Tindakan undang-undang diambil

Laporan Sinar Harian 20 September lalu.
Laporan Sinar Harian 20 September lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan yang terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada 19 September lalu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan berkenaan akan diambil selepas laporan penuh kejadian itu diterima pihaknya.

"Selepas terima laporan siasatan penuh itu nanti, kita akan menentukan bentuk tindakan yang sesuai supaya menjadi satu pengajaran.

"Saya harap CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia) akan dapat menyiapkan laporan itu secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya 2021 -2025, di sini hari ini.

Fadillah (tengah) bersama Timbalannya, Datuk Eddin Syazlee Shith (kanan) dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman (kiri) memegang buku Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya 2021-2025 pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Fadillah (tengah) bersama Timbalannya, Datuk Eddin Syazlee Shith (kanan) dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman (kiri) memegang buku Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya 2021-2025 pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun nyaris maut selepas kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mengakibatkan kereta berkenaan remuk dan wanita terbabit cedera pada tangan kirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta

Mangsa dihempap konkrit patah tangan, tulang selangka

Artikel Berkaitan:

Konkrit hempap kereta: JKKP arah henti kerja pasang dinding

DOSH menyiasat tiga aspek membabitkan keselamatan, aktiviti pembinaan dan kualiti struktur binaan susulan insiden itu.

Siasatan itu dilakukan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994 (Akta 520). Selain itu, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta oleh pemaju projek, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) susulan kejadian itu. - Bernama