Sultan Johor kurnia Myvi kepada 10 jururawat HSA

Sultan Ibrahim mengurniakan kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johro Bahru bagi menzahirkan penghargaan atas khidmat mereka kepada baginda dan Keluarga DiRaja Johor.
Sultan Ibrahim mengurniakan kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johro Bahru bagi menzahirkan penghargaan atas khidmat mereka kepada baginda dan Keluarga DiRaja Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menzahirkan penghargaan atas khidmat mereka kepada baginda dan keluarga DiRaja Johor.

Penghargaan tersebut adalah untuk 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja HSA atas sumbangan mereka.

Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan.

"Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda tuanku atas kurniaan ini.

"Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga Diraja Johor," katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Kereta berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin di sini hari ini oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Dr Hassan.

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kereta berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak tiga hari yang lalu.

"Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor," katanya.

Artikel Berkaitan: