LG dijangka lancar televisyen boleh gulung bulan depan

LG membuka laman web khas untuk tempahan Signature OLED R untuk pelanggan utamanya.
LG membuka laman web khas untuk tempahan Signature OLED R untuk pelanggan utamanya.
A
A
A

SEOUL - LG Electronics Inc Korea Selatan dijangka melancarkan televisyen pertama yang boleh digulung pada bulan depan, memetik sumber pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Baru-baru ini LG membuka laman web khas untuk tempahan Signature OLED R untuk pelanggan utamanya, menurut sumber itu.

Harga televisyen model Signature OLED R itu dilaporkan lebih 100 juta won (AS$ 85,400).

TV LG dengan skrin 65 inci itu pertama kali dilancarkan di Consumer Electronics Show (CES) di Amerika Syarikat tahun lalu. - Bernama

Televisyen boleh gulung dikeluarkan LG.
Televisyen boleh gulung dikeluarkan LG.

Artikel Berkaitan: