X

Kindly register in order to view this article
!

Keluarga lelaki mati ditembak polis dapat RM83.41 juta

William Green mati ditembak enam kali oleh seorang anggota polis di Daerah Prince George, Maryland pada awal tahun ini. - Foto Twitter
A
A

WASHINGTON - Sebuah keluarga Afrika Amerika yang mati ditembak oleh seorang pegawai polis Amerika Syarikat (AS) bakal menerima AS$20 juta (RM83.41 juta) dalam satu penyelesaian awam, kata peguam bela mereka semalam.

Dalam satu penyelesaian terbesar di AS, Daerah Prince George di negeri Maryland akan membuat pembayaran kepada keluarga William Green yang mati ditembak ketika tangannya masih bergari pada awal tahun ini.

"Ini satu penyelesaian yang bersejarah di AS yang menggambarkan sifat kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap apa yang berlaku ke atas Encik Green," kata peguam bela, William Murphy.

Green, 43, ditahan pada 27 Januari lalu di Daerah Prince George yang bersempadan dengan ibu kota Washington selepas didakwa menggunakan kenderaannya untuk melanggar beberapa buah kereta.

Ketika suspek digari dan duduk di dalam sebuah kereta polis, dia didakwa ditembak enam kali oleh seorang pegawai polis, Michael Owen.

Owen yang juga berkulit hitam sebelum ini berkata, kedua-dua mereka bergelut dan Green cuba untuk merampas pistolnya.

Bagaimanapun, para penyiasat menafikan dakwaannya dan dia dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!