X

Kindly register in order to view this article
!

Rahsia melabur yang perlu anda tahu

Perancangan pelaburan yang bijak akan membolehkan kita mencapai kemerdekaan kewangan tanpa dikejar hutang berlebihan.
A
A

'ASALKAN ada duit dalam bank, itu sudah dikira menyimpanlah’. Itulah tanggapan biasa kebanyakan kita hingga tidak sedar kita sebenarnya kehilangan peluang keemasan untuk mengembangkan wang yang dimiliki.

Kekeliruan timbul kerana tidak ramai yang tahu perbezaan antara simpanan dan pelaburan kerana kedua-duanya nampak sama, walau sebenarnya berbeza.

Realitinya, akaun simpanan menerima pulangan yang sangat rendah sedangkan wang yang dilaburkan, berpeluang menerima pulangan yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, akaun simpanan ketika ini memberi pulangan sekitar satu peratus, sedangkan pelaburan contohnya deposit tetap atau unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) memberi pulangan antara 3-6 peratus setahun.

Bayangkan anda mempunyai RM10,000 dalam akaun bank sejak 3 tahun lalu, adakah nilai wang itu berkembang? Bagaimana pula jika ia dilaburkan, contohnya dalam ASB.

Dengan andaian pulangan satu peratus, wang dalam akaun simpanan bertambah kepada RM10,304.00 sedangkan jika dilaburkan, ia berkembang kepada RM11,614.00. Perbezaan pulangan atau dividen yang diterima ialah RM1,310.00 atau RM436.00 setahun.

Dengan memindahkan wang dari akaun simpanan kepada pelaburan, anda dapat mengembangkan wang anda, sebaliknya jika dibiarkan saja, wang anda boleh dikatakan tidur sahaja kerana tidak menjana pulangan.

Oleh kerana akaun simpanan tidak menjana pulangan, wang yang disimpan dalam akaun itu sepatutnya untuk kegunaan jangka pendek seperti sara hidup manakala wang untuk pelaburan, matlamatnya perlulah jangka panjang.

Jadi apabila melabur, katakan dalam ASB, ia perlu dilakukan dengan matlamat tertentu dan jika boleh wang yang dilaburkan tidak dikeluarkan sehingga tercapai matlamat yang diidamkan atau sekiranya benar-benar memerlukan.

Untuk mengasingkan akaun simpanan dan pelaburan, anda perlulah melaburkan segera gaji yang diterima.

Oleh kerana kebiasaannya gaji dimasukkan ke dalam akaun simpanan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melabur sebelum berbelanja atau membayar hutang.

Terdapat banyak kemudahan pelaburan dalam talian yang boleh anda pilih atau untuk lebih mudah, langgan saja kemudahan pelaburan automatik seperti Auto Labur di portal myASNB yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kemudahan Auto Labur membolehkan pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menetapkan pelaburan bulanan automatik serendah RM30 setiap bulan.

Dengan cara ini, pelaburan boleh dilakukan secara konsisten dan anda boleh mengelak terlebih belanja, namun begitu tetapkanlah pelaburan mengikut kemampuan supaya tidak dikeluarkan di hujung bulan.

Katakan gaji anda ialah RM3,000, jadi tetapkanlah sekitar 5-10 peratus daripadanya untuk pelaburan.

Bagaimanapun, wang yang dibiarkan dalam akaun simpanan jangan pula dihabiskan, sebaiknya simpan sedikit untuk hal-hal kecil yang memerlukan wang segera.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengeluarkan wang pelaburan setiap kali berdepan keperluan kewangan mendesak supaya anda sentiasa berada dilandasan betul untuk merealisasikannya matlamat pelaburan yang ditetapkan.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari www.asnb.com.my


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!