X

Kindly register in order to view this article
!

Klopp akui Liverpool semakin garang

Aksi Mane ketika melayan kunjungan Arsenal di Anfield.
A
A

JURGEN Klopp mengakui mula teruja dengan kualiti dipamerkan pemain-pemain Liverpool awal musim ini dalam misi mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk mengatasi Arsenal 3-1 di Stadium Anfield.

Tiga gol daripada Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota memadam permulaan cemerlang The Gunners, yang memenangi dua perlawanan pembukaan liga musim ini.

Kekalahan Arsenal itu menyaksikan kelab London itu memiliki status tewas kali pertama bersama Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham Hotspur dalam tiga minggu kempen musim baharu.

Sementara The Reds meneruskan momentum positif memperoleh mata maksimum menjadi kelab pilihan untuk dikalahkan pesaing lain.

"Ini benar-benar awal musim dan dengan persembahan ini benar-benar 'wow'.

"Dari detik pertama perlawanan ini Arsenal mempamerkan dominasi menyebabkan Liverpool terpaksa berhati-hati dengan serangan balas.

“Bagaimanapun sejujurnya gaya permainan bola sepak yang kami mainkan pada perlawanan ini sangat luar biasa. Pada malam ini tidak ada yang kurang untuk diperkatakan, " kata Klopp.

Pada perlawanan itu, Alexandre Lacazette terlebih dulu meletakkan The Gunners di depan pada minit ke-25 sebelum Mane menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Gol itu nyata menyuntik semangat pemain tuan rumah apabila jaringan Robertson pada minit ke-34' untuk mendahului babak pertama.

Jentera depan The Reds yang lebih tajam berbanding ketika menentang lawan The Gunners pada aksi Perisai Komuniti sebelum ini terus merobek gawang pelawat menerusi jaringan Jota pada minit ke-88'.

Arsenal sebelum ini tidak mempunyai rekod yang baik ketika menentang Liverpool di laman seperti ketika tewas 4-0 dan 5-1 di Anfield pada 2018 dan 2019.

Sementara itu, Mikel Arteta menyifatkan skuad kendaliannya pada kali ini sudah mempamerkan kematangan dalam permainan masing-masing biarpun mengakui kecewa dengan beberapa tindakan penyudah yang tumpul.

Menurutnya, berbanding beberapa musim sebelum ini Arsenal gagal memberi saingan kepada gergasi liga Inggeris berkenaan setiap kali pelawat beraksi di Anfield.

"Apabila anda datang ke Anfield, anda tidak akan mendapat 10 peluang. Contohnya seperti ketika anda satu lawan satu dengan penjaga gawang, anda seharusnya menjaringkan gol

"Anfield adalah tempat yang sangat sukar untuk datang bagi siapa saja biarpun kelab terbaik dunia, Liverpool sudah menetapkan standard yang luar biasa mereka.

"Liverpool mempunyai senjata yang berbeza kerana telah bersama selama lima tahun, kami pula bersama beberapa bulan. Standard inilah yang harus kita capai pada masa depan," kata Arteta yang menyaksikan kekalahan Arsenal itu melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool kepada 62 perlawanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!