Korban Covid-19 di seluruh dunia kini lebih sejuta

Jumlah kematian global akibat Covid-19 sudah melepasi sejuta orang, lapor agensi berita Sputnik. - Foto AFP
Jumlah kematian global akibat Covid-19 sudah melepasi sejuta orang, lapor agensi berita Sputnik. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kematian global akibat Covid-19 sudah melepasi sejuta orang, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University, korban di seluruh dunia sehingga kini seramai 1,000,555, dengan 33,273,720 kes disahkan dan 23,056,480 kes pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Menurut badan kesihatan global itu jumlah kematian di seluruh dunia sudah melebihi 996,000 orang, dengan bilangan kes 33,034,598.

Sementara itu, kes positif global Covid-19 kini melepasi angka 33.23 juta kes dengan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data juga menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 7.14 juta kes jangkitan, diikuti india dengan 6.07 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.73 juta kes. Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1.15 juta kes.

Sementara itu Columbia (813,056), Peru (805,302), Sepanyol (748,266), Mexico (730,317), Argentina (711,325), Afrika Selatan (670,766) dan Perancis (577,980) melepasi angka setengah juta kes.

Artikel Berkaitan: