X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Johor beri rebat cukai tanah tiga tahun

Hasni Mohammad
A
A

JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri Johor memberikan rebat cukai tanah selama tiga tahun bermula tahun ini sehingga 2022.

Rebat itu diberikan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ketika ucapan Penggulungan Rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 dalam Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada 13 September lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian negeri Johor, pada tahun ini rebat cukai tanah diberikan sebanyak 15 peratus, tahun depan 10 peratus dan lima peratus pada tahun 2022.

"Pembayar cukai akan menikmati pemberian rebat sebanyak 15 peratus pada tahun ini mulai 1 Oktober.

"Tempoh bayaran cukai tanah dilanjutkan hingga 14 Disember dan denda lewat cukai tanah semasa akan dikenakan bermula 15 Disember.

"Bagi pemilik yang tidak menjelaskan cukai tanah semasa pada 2020 bermula 15 Disember, cukai tanah berkenaan akan dikira sebagai tunggakan dan denda lewat dikenakan," katanya.

Selain itu tiada pemberian rebat 15 peratus akan diberikan kepada pembayar cukai tanah yang menjelaskan cukai tanah selepas 14 Disember 2020.

"Ini bermakna pada 2021, rebat yang diterima adalah sebanyak 25 peratus. Bagi menikmati pemberian rebat pada 2021 dan 2022, semua pemilik tanah perlu menjelaskan cukai tanah tahun berkenaan sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mei tahun depan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!