Populariti Shafie bakal bayangi Hajiji

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. -Foto Bernama
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. -Foto Bernama
A
A
A

SELEPAS lebih 48 jam berteka-teki, Gagasan Rakyat Sabah (GRS) akhirnya sebulat suara melantik Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pelantikan Hajiji itu juga mengakhiri pertelingkahan dalam GRS tentang siapa yang bakal berada di puncak kepimpinan negeri Sabah selepas GRS berjaya mendapat 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Sabtu lalu.

Hajiji dijangka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

Namun, laluan Hajiji untuk menerajui tampuk kuasa kerajaan negeri bukanlah satu episod yang mudah kerana parti gabungan dalam GRS iaitu Barisan Nasional (BN) pada mulanya turut mengemukakan calon sendiri iaitu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, gelora politik Sabah kembali reda semalam apabila pemimpin BN termasuk Bung Moktar sendiri mula berkompromi dalam tuntutan jawatan Ketua Menteri itu.

“Apabila Perdana Menteri mengemukakan nama Hajiji sebelum ini, hanya UMNO yang menentang. Jadi dalam konteks ini, tiada persetujuan apabila ada dua nama dikemukakan termasuk Bung Moktar.

“Cuma mereka bimbang jika perkara ini menjadi polemik berlarutan, ia tidak sihat dan akan menyebabkan gabungan itu berpecah,” kata penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, dari satu segi, pelantikan Hajiji itu sangat signifikan, baik bagi BN mahupun Bersatu yang sejak lebih dua tahun lalu menyimpan ‘dendam’ untuk menamatkan pemerintahan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah

Apatah lagi, BN sudah merasai pengalaman pahit pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 apabila kemenangan parti itu bagaikan ‘dirampas’ Mohd Shafie yang menawarkan jawatan Kabinet Sabah kepada parti UPKO. Akibatnya enam ahli UPKO dan UMNO menyertai kem Warisan ketika itu.

Presiden UPKO sendiri, Datuk Seri Madius Tangau kemudian dilantik menjadi salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Percaturan politik ShafieLantaran itulah kali ini, BN, PN dan sekutunya tidak boleh memandang rendah percaturan dan strategi politik Mohd Shafie. Ibarat kucing dengan sembilan nyawa, Mohd Shafie adalah antara pemimpin yang tidak mudah terbunuh kerjaya politiknya.

Mohd Shafie sebelum ini dipecat daripada UMNO pada pertengahan tahun 2016 bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas dikatakan sepentas dengan pembangkang berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad.

Tidak mengambil jalan mudah menyertai Bersatu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin, Mohd Shafie memilih untuk menubuhkan parti Warisan dengan semangat lokaliti Sabahan.

Mohd Shafie
Mohd Shafie

Walaupun Warisan dipandang sinis, malah Mohd Shafie pernah ditertawakan sewaktu jatuh dalam insiden jeti runtuh di Pulau Selakan, Semporna, namun beliau membuktikan pemecatannya daripada UMNO tidak mematikan karier politiknya.

Malah, dua hari lalu apabila partinya tumbang dalam PRN Sabah selepas cuma memiliki 32 kerusi, Mohd Shafie juga tidak mudah menyerah. Sama seperti mana beliau tidak mudah menyerah kuasa kepada Tan Sri Musa Aman pada penghujung Julai lalu.

Semalam, khabar angin bertiup kencang malah pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan Mohd Shafie cuba mengulangi skrip tahun 2018. PBS mendakwa ketika BN dan PN sedang dalam pertikaian jawatan Ketua Menteri, ADUN-ADUN PBS dihubungi dan ditawarkan ganjaran untuk menyertai Warisan Plus.

Bagi Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg, berakhirnya keputusan PRN yang berpihak kepada GRS tidak memberi makna bahawa perjuangan Mohd Shafie untuk kembali berkuasa di Sabah telah menemui noktahnya.

“Mohd Shafie ini, selain karektornya yang tidak mudah putus asa, ruang untuk beliau memerintah semula masih ada. Sudah semestinya beliau masih belum mengalah. Saya lihat politik Sabah ini tidak akan stabil.

“Ini kerana tiada satu parti pun yang memenangi majoriti yang jelas iaitu 37 kerusi. Baik PN, UMNO mahupun Warisan,” katanya.

Malah majlis angkat sumpah Hajiji sebagai Ketua Menteri hari ini juga, tegas Romzi, bukan pengakhirannya kerana banyak perkara yang boleh berlaku dalam GRS yang seterusnya akan memberi keuntungan kepada Mohd Shafie.

Hajiji Noor melambaikan tangan kepada media selepas mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel semalam. -Foto Bernama
Hajiji Noor melambaikan tangan kepada media selepas mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel semalam. -Foto Bernama

“Kemungkinan juga budaya lompat parti ini akan berlaku sebab kita kena ingat bahawa di Sabah semua kawasan memerlukan pembangunan.

Taring UMNO“Jadi apabila seorang pemimpin itu hanya sebagai wakil rakyat, sudah semestinya peruntukan pembangunan itu kurang.

“Jadi saya melihat semua ADUN ingin menjadi sama ada Menteri atau Ketua Menteri. Di situ bermulanya konflik yang akhirnya memberi kelebihan kepada Mohd Shafie,” katanya.

Namun begitu, melihat pelantikan Hajiji dalam konteks yang lebih besar di peringkat nasional, ia seolah-olah memberi gambaran seolah-olah ‘taring’ BN sudah semakin tumpul dalam gabungan PN berbanding ketika kemuncaknya dalam Muafakat Nasional bersama Pas.

Jika diimbas sewaktu zaman kemuncak Muafakat Nasional pada September tahun lalu, UMNO dan Pas menguasai siri Pilihan Raya Kecil malah menang bergaya di Parlimen Tanjung Piai walaupun meletakkan calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Namun begitu, jenama PN yang ditunjangi Muhyiddin dan Bersatu dilihat paling ‘berkuasa’ dalam percaturan kuasa politik Malaysia hari ini sehingga menyebabkan ada segelintir pemimpin UMNO kecewa selepas parti dengan 39 ahli Parlimen itu sering diketepikan.

“Secara peribadi, saya melihat secara terbuka dan positif. UMNO membuat keputusan ini walaupun pada awalnya Datuk Seri Ahmad Zahid tidak begitu gembira dan bertegas UMNO perlu terus kekal dengan keputusan bahawa Ketua Menteri mesti datang daripada BN. Tetapi akhirnya kita terpaksa menghormati status UMNO Sabah itu yang sudah diberi status autonomi.

“Jadi apa pun keputusan yang dibuat oleh Bung Moktar sudah pasti mengambil kira perundingan dengan rakan-rakan UMNO Sabah.

“Jadi penglibatan minimum daripada UMNO pusat ini harus menjadi satu ukuran pengiktirafan bahawa kita telah bagi autonomi dan membiarkan mereka memutuskannya,” kata Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.

Dalam aspek kehilangan kuasa sejak memberi sokongan kepada PN, Mustapha menegaskan, parti itu tidak kehilangan kuku mahupun taring.

“Bagi saya tidak timbul isu UMNO atau BN hilang kuku, hilang taring. Kita mengambil pendekatan jiwa besar kerana yang lebih penting adalah rakyat.

“Lagipun ujian sebenarnya adalah PRU15 nanti. Lebih baik kita tumpukan kepada penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional sebab UMNO tidak bersama dalam PN,” katanya.