X

Kindly register in order to view this article
!

Mesyuarat PH bincang hal ehwal semasa negara

Foto ketika Anwar mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden PH di Petaling Jaya petang tadi di muat naik dalam laman Facebook Anwar Ibrahim.
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari ini bermesyuarat buat pertama kali selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Anwar menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden PH petang tadi.‬

Menurutnya, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk hal ehwal semasa negara serta usaha mengembalikan mandat rakyat.‬

Antara yang dilihat menghadiri mesyuarat itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; Pengarah Strategik Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran dan Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil.

Rabu lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH mendakwa beliau telah mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif serta bukannya majoriti tipis.

Anwar turut memberi jaminan bahawa beliau mempunyai 'dokumen tetap yang tidak boleh diragui' bagi membuktikan beliau kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, butiran itu akan diberikan selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong yang ketika itu berada di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda sehari sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!