X

Kindly register in order to view this article
!

Buku biografi 'Raja Sukan Berjiwa Rakyat' dilancar

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan melihat Buku Biografi Sukan Al-Sultan Abdullah ‘Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah buku biografi yang mengisahkan sejarah hidup, kecintaan dan komitmen Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap sukan dilancarkan hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan buku biografi sukan Al-Sultan Abdullah 'Raja Sukan Berjiwa Rakyat' itu di sebuah hotel di sini.

Buku biografi itu diarak masuk sehingga ke pentas pelancaran oleh legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi; bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan bekas pemain polo Pahang, Nurdin Abdul Majid.

Turut berangkat pada majlis pelancaran itu ialah Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan kerabat diraja lain. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis itu.

Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan bertitah pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan Al-Sultan Abdullah ‘Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang yang ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang hari ini.
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan bertitah pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan Al-Sultan Abdullah ‘Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang yang ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang hari ini.

Tengku Hassanal bertitah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menganjurkan program itu khususnya bagi mengabadikan jasa dan penglibatan ayahandanya dalam bidang sukan, ke dalam sebuah buku khas.

"Saya amat menghargai usaha itu, lebih-lebih lagi saya melihat sukan merupakan agenda yang dapat menyatupadukan kita semua," titah Tengku Hassanal.

Penerbitan buku berbahasa Melayu setebal 195 muka surat itu mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan oleh beberapa penulis dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang.

Antara isi kandungan buku berkenaan menceritakan kisah Al-Sultan Abdullah yang telah menonjolkan diri sebagai putera raja berjiwa rakyat yang menggemari aktiviti sukan sejak di zaman persekolahan.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan Al-Sultan Abdullah ‘Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan Al-Sultan Abdullah ‘Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini.

Keperibadian Seri Paduka Baginda jelas terbukti melalui penglibatan sebagai pemain bola sepak di peringkat sekolah dan seterusnya Al-Sultan Abdullah mula menunjukkan bakat kepimpinan sukan dengan penubuhan Kelab Seri Mahkota Alam pada 1974 di Pekan, Pahang.

Tanpa mengabaikan sukan-sukan lain, Al-Sultan Abdullah juga menubuhkan pasukan lumba lari Seri Mahkota Alam bagi memberi peluang, galakan dan semangat kepada rakyat untuk bergiat aktif di dalam sukan.

Seri Paduka Baginda dikenali sebagai raja yang cukup aktif dalam pentadbiran sukan terutamanya bola sepak apabila pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 2014 hingga 2017 serta pernah menyandang jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan aktif dalam sukan polo. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Agong dan bola sepak berpisah tiada: Presiden FAM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!