KPT sasar 20,000 graduan dapat manfaat melalui program KPT-CAP

Muhyiddin diiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad pada Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. -Foto Bernama
Muhyiddin diiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad pada Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan seramai 20,000 graduan akan mendapat manfaat daripada Pelancaran Peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) KPT - Career Advancement Programme (KPT-CAP) yang dilancarkan hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga kini sebanyak 140 program telah disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.

"Semua program yang dirancang di bawah Dana Penjana KPT-CAP merupakan manifestasi komitmen kementerian untuk menzahirkan graduan yang komitmen, berkualiti, mampan bercirikan keusahawanan serta mampu berdaya saing di semua peringkat.

"Kita juga maklum bahawa graduan yang mahir merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang.

"Saya yakin melalui strategi yang betul, kita mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan dalam masa yang menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran KPT-CAP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noraini turut memberitahu, KPT mengunjurkan 25 peratus atau 75,000 bakal graduan akan terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin (depan empat, kiri) menyaksikan penyerahan Pelantikan Pusat Latihan PENJANA KPT-CAP. -Foto Bernama
Muhyiddin (depan empat, kiri) menyaksikan penyerahan Pelantikan Pusat Latihan PENJANA KPT-CAP. -Foto Bernama

Beliau berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan sejumlah 300,000 graduan yang akan menamatkan pengajian masing-masing tahun ini.

"Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan KPT menunjukkan bahawa seramai 41,161 orang iaitu 13.8 peratus daripada 330,557 graduan yang menamatkan pengajian tahun 2019 masih belum bekerja.

"Justeru, berdasarkan 41,161 graduan yang belum bekerja dalam tahun 2019, serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan seramai 116,161 graduan yang perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan lagi kebolehpasaran mereka," katanya.