Trump hanya bayar cukai pendapatan persekutuan RM1,313

Trump didakwa meminimumkan bayaran cukai atas alasan beliau mengalami kerugian besar dalam empayar perniagaannya. - Foto: Agensi
Trump didakwa meminimumkan bayaran cukai atas alasan beliau mengalami kerugian besar dalam empayar perniagaannya. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa hanya membayar AS$750 (RM3,131) untuk cukai pendapatan persekutuan pada 2016 ketika beliau memenangi persaingan ke Rumah Putih.

Pendedahan memalukan dibuat The New York Times (NYT) semalam yang memetik data penyata cukai itu turut mendakwa bilionair hartanah tersebut juga tidak pernah membayar cukai dalam tempoh 10 daripada 15 tahun lalu atas alasan beliau mengalami kerugian besar dalam empayar perniagaannya.

Trump bagaimanapun menafikan laporan itu yang disifatkan sebagai 'berita palsu sepenuhnya'.

"Saya bayar cukai dalam jumlah yang banyak termasuk cukai pendapatan negara. Kesemuanya akan didedahkan," katanya.

Menurut laporan NYT, Trump dapat meminimumkan bayaran cukainya kerana laporan kerugian dialaminya yang berjumlah AS$47.4 juta (RM198 juta) pada 2018 walaupun beliau dikatakan memperoleh pendapatan berjumlah kira-kira AS$434.9 juta (RM1.8 bilion) menerusi pendedahan kewangan pada tahun tersebut.

Di bawah undang-undang negara itu, presiden tidak diwajibkan untuk memberikan butiran kewangan peribadi mereka, namun perkara itu berubah sejak Presiden ke-37 AS, Richard Nixon berbuat demikian. - Agensi

Artikel Berkaitan: