Individu ingkar PKPP kekal tinggi

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bilangan individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kekal tinggi dengan 661 orang lagi ditahan semalam termasuk 577 kerana melakukan aktiviti dalam pub dan kelab malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain ialah tidak mengamalkan penjarakkan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (8), premis beroperasi lebih masa (3) dan seorang gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah.

"Daripada keseluruhan yang ditahan, 648 individu dikompaun manakala 13 lagi direman," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, bagi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata, seramai 40 pendatang tanpa izin, lima tekong dan seorang penyeludup ditangkap, manakala sembilan kenderaan berat dirampas hasil 81 sekatan jalan raya yang diadakan semalam.

No Image Caption

Mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata, pada masa ini terdapat 8,235 individu yang pulang dari luar negara sedang menjalani kuarantin di hotel serta institut latihan awam dan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

Mereka merupakan antara 36,344 individu yang pulang ke tanah air menerusi pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas hingga semalam.

Daripada jumlah itu juga seramai 103 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 28,006 telah didiscaj dan dibenarkan pulang, katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga berkata, sejak 30 Mac hingga semalam, 10,135 operasi sanitasi awam melibatkan 13,059 premis dilaksanakan iaitu 2,716 pusat perniagaan, 1,601 kawasan perumahan antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR); 2,623 tempat awam; 354 pasar raya, dan 5,765 bangunan kerajaan. - Bernama