Lelaki Nigeria mabuk ditahan cederakan pemilik restoran

Polis menahan lelaki warga Nigeria yang mabuk hingga mencederakan pemilik sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, Kajang hari ini.
Polis menahan lelaki warga Nigeria yang mabuk hingga mencederakan pemilik sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, Kajang hari ini.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki warga Nigeria ditahan kerana mabuk sehingga mencederakan pemilik restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki yang dalam pengaruh alkohol itu bertindak memukul mangsa seorang wanita pada bahagian badan.

"Dalam kejadian itu, lelaki itu telah membuat kacau sebelum memukul mangsa dan seorang lelaki yang sedang menurunkan barang di kedai bersebelahan.

"Bertindak hasil aduan, polis yang tiba di lokasi kejadian telah menahan suspek warga Nigeria terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan perbuatan khianat.

Menurutnya, orang orang ramai yang mengetahui berhubung kejadian terbabit diminta tampil di balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Salena di talian 017-6424007 bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang lelaki ditahan berhubung kes rogol wanita warga Nigeria

Artikel Berkaitan: