X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid hormati keputusan UMNO Sabah isu pelantikan Ketua Menteri

Ahmad Zahid
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati autonomi UMNO Sabah yang sepakat dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa rundingan dibuat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Hajiji demi memastikan kepentingan rakyat Sabah segera diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini.

"Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

"Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid sebelum ini bertegas bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar di Sabah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu menyaksikan UMNO menang 14 kerusi, diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu (11) Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (enam) dan Parti Bersatu Sabah atau PBS (tujuh).

Hajiji ditemui pemberita selepas kira-kira satu jam pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Hajiji ditemui pemberita selepas kira-kira satu jam pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!