Muhd Noor dilantik Presiden MARS

Muhd Noor Muhd Yunus
Muhd Noor Muhd Yunus
A
A
A

SHAH ALAM - Dr Muhd Noor Muhd Yunus dilantik sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) yang baharu berkuat kuasa 25 September lepas.

Pelantikan beliau diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan MARS di Bangi Golf Resort, Bangi bagi menggantikan Dr Wan Manshol Wan Zin.

Dr Muhd Noor berpengalaman lebih 30 tahun berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Selain itu, beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan seperti Ahli Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Ahli Pengarah Lembaga EPIC (anak syarikat Cenviro Sdn Bhd), Pengarah TGL (Uganda) dan Penasihat Teknikal ECE Sdn Bhd.

MARS dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan barisan ahli majlis persatuan itu bagi sesi 2020 hingga 2022 dengan jawatan Setiausaha disandang, Hasfazilah Hassan manakala Sabariah Kader Ibrahim sebagai Penolong Setiausaha dan Bendahari, Dr Mazleha Maskin serta dibantu lapan exco.

“MARS merupakan persatuan yang dianggotai oleh pegawai penyelidik atau saintis dengan pelbagai kepakaran daripada institusi penyelidikan di Malaysia.

“MARS juga sangat sinonim dengan penganjuran tahunan Malaysia Technology Expo sejak lebih 17 tahun lalu di samping membawa inovasi dari negara ini dan bertanding di luar negara seperti Korea, Geneva dan China,” kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: