Polis nafi dakwaan sekolah, bank diarah tutup

PDRM
PDRM
A
A
A

KUANTAN - Polis menafikan dakwaan bahawa sebuah sekolah rendah dan institusi perbankan di sini diarah ditutup kerana kerana jangkitan koronavirus (Covid-19) seperti yang tular di laman sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dakwaan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan serta menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, selain empat masjid yang diarah ditutup sementara pada Jumaat lalu, tidak ada premis lain yang diarahkan untuk menghentikan operasi kerana wabak tersebut.

"Sebuah bank di Jalan Bukit Ubi di sini ditutup hari ini untuk kerja-kerja pembersihan dan ia akan dibuka semula esok, manakala sekolah rendah yang dikatakan ditutup hari ini beroperasi seperti biasa.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat andaian sendiri. Jangan kongsi berita yang tidak benar kerana ia akan menimbulkan keresahan orang ramai," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang Tahun 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Hari ini tular mengenai sebuah sekolah rendah dan bank di sini diarah tutup berikutan salah seorang murid sekolah itu dan kakitangan bank berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19.

Kelmarin, empat masjid di daerah ini diarah tutup sementara berikutan jemaahnya diuji positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: