Hajiji Noor tokoh politik diyakini, berpengalaman luas

Hajiji melambaikan tangan kepada media selepas mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Hajiji melambaikan tangan kepada media selepas mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, diyakini mampu mengemudi pentadbiran pembangunan Kerajaan Negeri Sabah dengan baik.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Bersatu Sabah ialah seorang tokoh politik yang berpengalaman luas.

"Saya yakin beliau mampu membawa Sabah ke era pembangunan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilih Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang ke-16.

Pengumuman itu dimaklumkan sendiri Hajiji, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah dalam sidang akhbar selepas perjumpaan tertutup bersama pimpinan GRS.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman sejak 1990, berjaya mempertahankan kerusi DUN itu, selepas menang dengan majoriti 3,099 dalam Pilihan Raya DUN Sabah pada Sabtu lepas.

Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak

Hajiji dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri esok.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang lagi bekas ketua menteri sabah yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, menyifatkan Hajiji sebagai calon paling sesuai untuk menerajui kerajaan negeri Sabah.

“Datuk Hajiji cukup pengalaman pentadbiran, diterima semua lapisan masyarakat dan ada kualiti kepimpinan sebagai pemimpin politik,” katanya kepada Bernama. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah