Kes tipu pakej pelancongan hotel mewah rekod kerugian RM611,000

MUHAMMAD YAZID
MUHAMMAD YAZID
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 69 kes penipuan pakej pelancongan yang menawarkan hotel mewah membabitkan kerugian RM610,993.90 dilaporkan berlaku di Selangor sejak 13 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, seramai 509 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan terbabit.

Beliau berkata, sebanyak 30 laporan polis diterima di Sungai Buloh, membabitkan RM26,193 kerugian manakala 10 laporan di Petaling Jaya dengan kerugian berjumlah RM232,110.

"Selain itu, di daerah Gombak dan Ampang Jaya pula masing-masing menerima tujuh laporan polis dengan kerugian RM15,430.90 dan RM261,269. Bagi daerah Shah Alam terdapat enam laporan polis dengan kerugian RM19,472," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut menerima tiga laporan dari penduduk Subang Jaya dengan kerugian sebanyak RM4,097, Kajang dengan empat kes (RM48,929) serta Sepang dua kes (RM3,493).

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan murah serta membuat semakan dengan pihak hotel terbabit atau Kementerian Pelancongan untuk pengesahan status syarikat terlibat.

Terdahulu, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berjaya memberkas sepasang suami isteri berusia 27 dan 26 tahun pada Jumaat lalu.

Suspek yang merupakan Pengarah I&I Paradise Venture itu ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kerani, ejen pelancongan ditipu scammer