X

Kindly register in order to view this article
!

Penjaga zoo wanita diserang gorila jantan

Seekor gorila jantan yang bernama Malabo dibesarkan oleh penjaga Zoo Madrid sejak ia dilahirkan. - Foto Zoo Madrid/Twitter
A
A

MADRID - Seekor gorila menyerang seorang penjaga zoo berusia 46 tahun di bandar raya Madrid semalam menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian dada dan kepala dengan dua lengannya patah.

Dalam kejadian itu, penjaga berkenaan yang merupakan seorang wanita sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dan memberi makan pada waktu pagi.

Dia kemudian diserang oleh haiwan jantan itu bernama Malabo yang berusia 29 tahun dalam sebuah kurungan dalaman, kata Zoo Madrid menerusi satu kenyataan.

"Pasukan zoo berjaya memisahkan haiwan itu daripadanya dan pasukan veterinar memberikannya ubat bius melalui (tembakan) damak," kata kenyataan tersebut.

"Haiwan itu kemudian dibawa ke sebuah kandangnya yang mana ia menjadi tenang," tambahnya.

Polis dan pihak zoo berkata, mereka sedang melakukan siasatan bagaimana gorila itu boleh memasuki kurungan tersebut yang dilindungi dengan tiga buah pintu.

Wanita itu pula yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun bekerja di zoo tersebut telah ditenangkan di tempat kejadian sebelum dihantar ke sebuah hospital yang mana dia berada dalam keadaan kritikal, kata pihak perkhidmatan kecemasan menerusi Twitter.

Pihak zoo berkata, gorila itu dibesarkan oleh penjaga-penjaga zoo itu sejak ia dilahirkan dan pada kebiasaannya haiwan tersebut rapat dengan penjaganya. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!