Mufti Kedah tunggu keputusan sampel tanah 'kubur berdarah'

Fadhil (tiga dari kiri) menyerahkan ayam segar kepada petugas untuk diagihkan kepada penduduk Flat Tongkang Yard, Seberang Perak hari ini.
Fadhil (tiga dari kiri) menyerahkan ayam segar kepada petugas untuk diagihkan kepada penduduk Flat Tongkang Yard, Seberang Perak hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Mufti Negeri Kedah masih menanti keputusan sampel tanah 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian kubur yang didakwa mengeluarkan cecair berwarna merah itu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan kejadian tersebut, malah pernah melihatnya sendiri.

"Kita tidak dapat mengenal pastinya sama ada ia benar- benar darah manusia atau campuran minyak dan cat berwarna seperti dikatakan sesetengah pihak.

"Pihak polis telah mengambil sampel tanah untuk forensik kenal pasti dan kita sedang menanti keputusan hasil ujian tersebut. Itu dapat dikatakan buat masa ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk Flat Tongkang Yard di sini hari ini.

Fadhil berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kejadian 'kubur berdarah' yang tular di laman sosial pada 19 September lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan kubur yang dipenuhi cecair warna merah hingga menarik perhatian orang awam ke kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tular video 'kubur berdarah'

Tiada unsur jenayah, khianat kejadian 'kubur berdarah'


Serah polis siasat kejadian 'kubur berdarah'

Artikel Berkaitan: