Mohon penduduk Flat Tongkang Yard tenang, sabar

Fadhil (tengah) membacakan doa untuk penduduk dikenakan PKPD secara bersasar pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk Flat Tongkang Yard, di sini, hari ini.
Fadhil (tengah) membacakan doa untuk penduduk dikenakan PKPD secara bersasar pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk Flat Tongkang Yard, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Sumbangan zakat kepada penduduk Flat Tongkang Yard, Seberang Perak, di sini dapat meringankan beban penghuni flat berkenaan yang terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar sehingga 7 Oktober depan.

Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah juga prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk terbabit.

"Kita mohon mereka tenang dan sabar dengan ujian berkenaan selain mengingatkan bahawa masyarakat sentiasa bersama," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk terjejas di luar pekarangan flat tersebut di sini hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Flat Tongkang Yard ditutup

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Asri Redha dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Azmi Karim.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakaria Othman berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM15,000 untuk menyediakan bantuan barangan basah kepada 88 keluarga yang menghuni flat berkenaan.

Beliau berharap sumbangan barangan itu dapat memastikan bekalan makanan mencukupi, sekali gus meringankan beban penghuni flat yang terjejas apabila tidak dibenarkan keluar atau mencari rezeki dalam tempoh kuarantin.

Artikel Berkaitan: