Geng Weng perdaya pemilik kenderaan mewah tumpas

Shafa'aton pada sidang akhbar di IPD Sungai Buloh hari ini.
Shafa'aton pada sidang akhbar di IPD Sungai Buloh hari ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sekumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Weng' tumpas dalam serbuan polis di sekitar Lembah Klang dan Melaka baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan aktif melakukan jenayah menipu pemilik kenderaan mewah dan melupuskan kenderaan itu dengan menjadikan komponennya sebagai alat ganti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan 10 hingga 16 September itu berjaya memberkas seramai 13 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 55 tahun termasuk ketua kumpulan dikenali sebagai Weng serta seorang warga Sri Lanka.

Beliau berkata, hasil serbuan di dua bengkel kenderaan, sebuah gudang kereta potong serta sebuah kondominium membawa kepada penemuan pelbagai jenis kenderaan dan komponen yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

“Siasatan mendapati kenderaan yang dirampas itu bersabit sembilan laporan kereta hilang di Lembah Klang dan Melaka.

"Polis percaya geng ini aktif dalam kegiatan penipuan dan melupuskan kenderaan mewah untuk dijadikan alat ganti sejak tahun 2014," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:'Datuk' pakar curi kenderaan mewah

Geng William tumpas selepas 13 tahun aktif curi kereta mewah

Artikel Berkaitan:

Shafa'aton berkata, modus operandi sindiket itu ialah memperdayakan pemilik kenderaan mewah yang mempunyai masalah kewangan serta memerlukan penyelenggaraan sebelum mendakwa kenderaan itu hilang.

Menurutnya, semakan lanjut juga mendapati lima daripada 13 suspek yang diberkas itu mempunyai pelbagai rekod lampau membabitkan dadah, curi kenderaan dan ugutan jenayah.

"Kesemua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.