Lebih 100 individu berhimpun desak lantik Ketua Menteri

Sekumpulan individu berkumpul di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu.
Sekumpulan individu berkumpul di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lebih 100 individu terdiri daripada anak muda Sabah berhimpun di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu sejak jam 1.50 tengah hari tadi.

Kumpulan itu membawa sepanduk dengan pelbagai tulisan termasuk mendesak keputusan Ketua Menteri Sabah dipercepatkan.

Peserta himpunan, Ashaari Jaasar, 30, mendakwa tujuan mereka berhimpun supaya Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin Juhar mempercepatkan proses pembentukan kerajaan menerusi pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

"Sudah dua hari kami di sini tanpa kerajaan. Banyak isu berbangkit yang membuatkan rakyat risau seperti wabak koronavirus (Covid-19), infrastruktur dan pelbagai masalah lain

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

"Sepatutnya pihak istana perlu dibebaskan daripada belenggu politik," katanya.

Bagaimanapun, polis meminta mereka mereka bersurai pada jam 2.30 petang.

Terdahulu, kumpulan itu dilihat berkumpul dan berarak di beberapa lokasi termasuk di bulatan Kolam, Padang Merdeka, Lintasan Deasoka, di hadapan Kompleks beli belah Suria Sabah dan berhampiran bangunan mahkamah lama Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan: