X

Kindly register in order to view this article
!

Barang kes RM1.8 juta dilupus

Mohd Yusri (tengah) pada sidang akhbar di Kuantan hari ini menunjukkan dadah yang akan dilupuskan.
A
A

KUANTAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah, ubat batuk, daun dan air ketum bernilai lebih RM1.8 juta yang dirampas sepanjang 2000 hingga 2019.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada barang kes yang dilupuskan itu, sebanyak 46.8 kilogram melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, heroin, kanabis, ketamin, pil ekstasi dan pil yaba.

Turut dilupuskan, katanya, sebanyak 3,462 liter air ketum, 39.5 kilogram daun ketum dan 651 liter ubat batuk.

Mohd Yusri (tengah) menunjukkan sebahagian barang kes yang akan dibawa ke pusat pelupusan milik Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dilupuskan.
Mohd Yusri (tengah) menunjukkan sebahagian barang kes yang akan dibawa ke pusat pelupusan milik Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dilupuskan.

"Semua barang rampasan ini melibatkan barang kes dari 11 daerah seluruh negeri untuk tempoh dari tahun 2000 hingga 2019 yang selesai perbicaraan di mahkamah.

"Semua barang kes (dadah) ini akan dibawa ke pusat pelupusan milik Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dilupuskan," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah JSJN Kontinjen Pahang Tahun 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua JSJN Pahang, Superintendan Mohd Azam Ab Razak.

Mohd Yusri berkata, pihaknya menggunakan khidmat syarikat tersebut yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam proses pelupusan barang berjadual bagi mematuhi ketetapan piawaian alam sekitar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!