Pasangan 'Mr & Mrs Smith' dipenjara lebih setahun

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Raub semalam.
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Raub semalam.
A
A
A

RAUB - Seorang pembantu kedai mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Raub di sini semalam atas pertuduhan melarikan diri dari tahanan polis pada 14 September lalu.

Teman lelaki tertuduh yang bertindak membawanya lari menggunakan motosikal pada hari kejadian turut mengaku bersalah.

Tertuduh pertama, Saidatina Aida Sahabudin, 23, dari Kampung Ulu Lepar, Dong di sini dan tertuduh kedua, Mohamad Rejab Ali, 22, dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pasangan kekasih buruan polis akhirnya diberkas


OKT lolos macam filem aksi

Mengikut fakta kes, tertuduh pertama yang juga orang kena tahan (OKT) di bawah Seksyen 39c (1)(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 telah melarikan diri dari pekarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 4.40 petang dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang tertuduh kedua.

Shahrul kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan dari tarikh jatuh hukum mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan lima tahun penjara bagi Seksyen 39c(1)(b) ADB 1952.

Hukuman berjalan dari tarikh ditangkap bermula 24 September lalu.

Tertuduh kedua yang juga seorang buruh dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan dari tarikh ditangkap pada 24 September lalu mengikut Seksyen 225 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 September lalu, kedua-dua tertuduh diberkas di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir, di sini kira-kira jam 9 malam selepas 10 hari menjadi buruan polis.