Pengalaman swafoto luar biasa dengan V20 SE

No Image Caption
A
A
A

SETIAP kali keluaran terbaharu telefon pintar, pasti pengguna mahukan teknologi terkini pada kamera agar ia menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.

Ini kerana gambar adalah momen yang paling berharga tatkala bersendirian, bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Jadi, sudah pasti kita mahu hasil yang terbaik.

Pengeluar telefon pintar, Vivo Malaysia mengambil kira kehendak pengguna dengan menghasilkan V20 SE yang diyakini hebat dalam merakam kenangan anda.

Jika sebelum ini gambar pada waktu malam sering menghadapi masalah, tetapi tidak bagi V20 SE. Dengan teknologi Algoritma HDR + Morpho akan mencerahkan bintik-bintik gelap dan mengurangkan pendedahan cahaya yang lebih pada gambar anda.

Kelebihan teknologi ini akan membuatkan potret malam anda mempunyai kecerahan, kejelasan dan keseimbangan yang lebih tinggi. Begitu juga, kesan kecantikan wajah anda yang akan lebih menyerlah meskipun dikelilingi atmosfera gelap.

Dilengkapi Selfie Softlight Band membolehkan anda berswafoto pada waktu malam dengan pencahayaan mengikut standard studio. Teknologi khas ini akan menyesuaikan secara automatik dengan cahaya sekitar sama ada di dalam atau di luar rumah. Jadi, tidak kira betapa gelapnya suasana malam, ia akan selaraskan gambar anda secara automatik.

No Image Caption

Apa yang menarik, vivo V20 SE membantu pengguna untuk kelihatan cantik meskipun dalam video kerana disokong Video Face Beauty. Jadi, pengguna boleh menggunakan kesan kecantikan wajah secara langsung dalam video.

Artikel Berkaitan:

V20 SE juga adalah telefon pintar paling ringan dalam siri vivo V. Reka bentuk badan 3D ditambah pula kemasan halus dan lembut akan membuatkan anda seolah-olah memegang awan.

Dihadiri dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru, ia pasti memberikan kepuasan kepada pengguna dengan keupayaan kamera inovatif yang menakjubkan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar V20 SE keluaran terbaharu vivo ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana kedai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#vivoV20SE #BeTheFocus

#SleekMagicalDesign #33WFlashCharge #32MPFrontCamera #32MPSuperNightSelfie 48MPMultiScenarioPhotography

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan:

FB: Vivo Malaysia

Youtube: Vivo Mobile Malaysia

Instagram: Vivo_Malaysia