Hasil lumayan, dua rakan tak serik edar ketum

Sebanyak 80 bungkusan cecair disyaki air ketum ditemui dalam tong ais ketika serbuan di sebuah stor dekat Jalan Sidam Kanan semalan.
Sebanyak 80 bungkusan cecair disyaki air ketum ditemui dalam tong ais ketika serbuan di sebuah stor dekat Jalan Sidam Kanan semalan.
A
A
A

KULIM - Pulangan lumayan mengedar air ketum menyebabkan dua rakan yang sudah beberapa kali dikenakan tindakan tidak serik melakukan kegiatan haram itu.

Terkini lelaki berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah stor dekat Jalan Sidam Kanan dalam serbuan kira-kira jam 4.45 petang semalam bersama 80 bungkusan plastik berisi cecair disyaki air ketum dalam sebuah kotak ais dianggarkan seberat kira-kira 40 liter.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim dalam satu kenyataan berkata, semakan lampau menunjukkan mereka mempunyai rekod tangkapan berkaitan Akta Racun 1952.

"Mereka tidak serik. Seorang daripadanya mempunyai satu rekod lampau tahun lalu manakala rakannya mempunyai lima kes lampau bermula 2016 sehingga September 2020 berkaitan Akta Racun 1952 dan sudah dijatuhkan hukuman," katanya.

Azhar Hashim
Azhar Hashim

Menurutnya, dalam serbuan sama polis menemui sebuah periuk besar mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum, sebuah dapur gas dan tong gas dipercayai digunakan untuk menghasilkan cecair terbabit

Difahamkan, hasil memasak 10 kilogram daun ketum bernilai RM140 boleh menghasilkan 200 bungkus air ketum yang dijual dengan harga RM4 sebungkus.

Suspek mengaku daun ketum diperoleh dari Jeniang dengan harga semurah RM14 sekilogram.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kesemua rampasan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.
Kesemua rampasan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.

Artikel Disyorkan