Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah

Bung dan Hajiji pada sidang media selepas GRS mengadakan pertemuan tertutup di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.
Bung dan Hajiji pada sidang media selepas GRS mengadakan pertemuan tertutup di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri ini selepas berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau juga mahu semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan kepada kebajikan rakyat.

"BN bersama GRS komited menyegerakan usaha memulihkan negeri ini dan memberi perhatian kepada agenda membantu rakyat selepas berjaya mengambil alih kerajaan daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

"Apabila selesai sahaja esok majlis angkat sumpah Ketua Menteri, kita akan memulakan langkah bagi memastikan rakyat mendapat perhatian daripada kerajaan.

"Kita mahu semua rakyat tidak lagi bermain politik dan menumpukan perkara penting memikirkan masalah negeri Sabah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah turut memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor jika dinamakan sebagai Ketua Menteri baharu.

Dalam pada itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menyokong individu yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Artikel Berkaitan: