Bapa dipenjara dua tahun aniaya anak lelaki hingga cedera

G Viswanathan (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan menganiaya anaknya tiga tahun lalu.
G Viswanathan (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan menganiaya anaknya tiga tahun lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja swasta di Singapura dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal tiga tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh G Viswanathan, 39, selepas meneliti dan berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada Februari sehingga Ogos 2017 di alamat Jalan Camar Taman Perling sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 13 tahun telah menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Bapa kepada tiga orang anak itu dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqilah Ahmad Fuad manakala tertuduh diwakili peguam, Mathan Anandaram.

Mathan meminta mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi membolehkan pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini.

Kamarudin bersetuju dengan permohonan tersebut dan meningkatkan wang jaminan kepada RM40,000 dengan dua orang penjamin, manakala pasport diserahkan kepada pihak mahkamah.

Artikel Berkaitan: