Covid-19: Operasi pejabat TH Lahad Datu ditangguhkan

TH menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasinya di Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan.
TH menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasinya di Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan.

TH menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, penangguhan operasi dibuat berikutan proses saringan kesihatan ke atas semua petugas di pejabat berkenaan.

Sementara itu, waktu operasi pejabat TH di Tawau dan Semporna juga diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga tarikh yang akan ditetapkan bagi mengawal jangkitan koronavirus (Covid-19).

“Pendeposit boleh melakukan transaksi TH menggunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH,” katanya hari ini.

Artikel Berkaitan: