PBS nafi lompat sokong parti sebelah

Johnny menyerahkan sumbangan makanan kepada media di perkarangan pintu utama Istana Negeri di Jalan Istana, Kota Kinabalu.
Johnny menyerahkan sumbangan makanan kepada media di perkarangan pintu utama Istana Negeri di Jalan Istana, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun menafikan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBS lompat parti untuk menyokong pembentukan kerajaan.

Beliau menegaskan PBS tetap kekal menyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

"Sudah tentu kami sokong kerana sejak awal lagi bersama PN, BN. PBS, BN dan PN ialah tiga entiti," katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada media yang berkampung di pekarangan hadapan pintu utama Istana Negeri di Jalan Istana, sebentar tadi.

Ketika diminta mengulas khabar angin ada cubaan wakil rakyat PBS menyokong pihak lain, beliau menafikan perkara itu.

"Kita memang kekal, mereka katakan melalui WhatsApp, semua itu khabar angin," katanya.

Beliau sebaliknya berkata, cubaan berkenaan dilakukan individu yang mahu menyebarkan khabar angin.

"Saya rasa, mereka cuba hubungi orang-orang yang tidak berkenaan untuk membuat cerita," katanya.

Artikel Berkaitan: