Polis Marin Sabah rampas bot beroperasi tanpa lesen

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan dua buah bot yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah dalam Ops Gelora yang dijalankan di laut pelabuhan dan perairan Landung Ayang, Kudat semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan dalam operasi hampir enam jam bermula 8 pagi itu mendapati bot berkenaan telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“PPM turut merampas sebuah enjin sangkut, enjin pam dan “propeller stell” yang dianggarkan bernilai RM 16,345,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Pajeri berkata kesemua rampasan dibawa ke markas operasi PPM dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (1) & (2) Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: