X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu tunggal jadi badut cari rezeki

Intan Masyanie (belakang, kiri) tidak kisah menjadi badut untuk menceriakan kanak-kanak.
A
A

KUANTAN - Menjadi badut dan menyarung kostum animasi bagi seorang lelaki mungkin perkara biasa, namun ia agak janggal bagi seorang wanita.

Namun, seorang ibu tunggal empat anak, Intan Masyanie Mazlan, 39, sanggup mengetepikan perasaan malu demi menceriakan dan menghiburkan kanak-kanak sejak dua tahun lalu.

Wanita itu yang sebelum ini terlibat dalam dunia percetakan kini menyara kehidupan dengan menjalankan perniagaan berkonsepkan kejutan atau 'suprise party'.

"Walaupun sudah ada perniagaan yang semakin kukuh, saya masih menjadi badut untuk hiburkan kanak-kanak. Saya seronok lihat mereka gembira. Perasaan malu saya buang ke tepi kerana kerja inilah yang dahulunya membantu saya dalam mencari rezeki.

"Sekarang apabila ada parti kejutan hari jadi, saya akan menjadi badut dan buat belon pelbagai bentuk seperti hati, bunga, pedang, pistol dan macam-macam lagi untuk kanak-kanak.

"Adakala saya pakai kostum animasi seperti Minion, Minnie Mouse dan Kungfu Panda. Dahulu saya buat seorang diri tetapi sekarang anak sulung saya dah berumur 20 tahun. Dia pun akan temankan saya dan pakai kostum," katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!