X

Kindly register in order to view this article
!

Trump pilih Barrett ganti Ginsburg

Amy Coney Barrett
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mencalonkan Amy Coney Barrett yang merupakan pelantikan ketiga dibuat pentadbiran beliau untuk mengisi kekosongan di Mahkamah Agung.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan pemilihan hakim paling bijaksana dan berkhidmat dengan sangat cemerlang. Anda sangat layak untuk jawatan itu,” katanya ketika membuat pengumuman itu di Rumah Putih yang turut dihadiri Barrett, 48.

Difahamkan, Barrett akan menjadi wanita kelima berkhidmat di badan kehakiman tertinggi AS jika pencalonannya disahkan untuk menggantikan ikon liberal, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 18 September lalu.

Beliau juga bakal menjadi calon hakim Mahkamah Agung paling muda sejak Clarence Thomas yang berusia 43 tahun pada 1991.

Pada 2017, Trump pernah melantik Barrett sebagai hakim mahkamah rayuan persekutuan di Seventh Circuit yang berpusat di Chicago. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!