X

Kindly register in order to view this article
!

Pertempuran sengit Armenia dan Azerbaijan

Kereta kebal yang musnah dibedil ketika pertempuran sengit antara puak pemisah Armenia dan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh hari ini. - Foto AFP
A
A

YEREVAN - Pertempuran sengit tercetus antara Armenia dan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh hari ini yang menjadi wilayah pertikaian antara kedua-dua negara selama beberapa dekad dan merupakan konflik terburuk sejak 2016.

Kementerian Pertahanan di Baku memaklumkan, ia melancarkan serangan balas selepas puak pemisah Armenia didakwa melepaskan tembakan terhadap kedudukan tentera dan penempatan orang awam yang didakwa mengakibatkan sejumlah kematian serta menembak jatuh sebuah helikopter milik mereka.

Situasi yang semakin tegang menyebabkan Yerevan bertindak segera mengisytiharkan perintah darurat di bandar utama Stepanakert dan mengerahkan pasukan tentera ke kawasan tersebut.

“Bersiap sedia untuk mempertahankan tanah air kita,” tegas Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan di Facebook.

Menerusi ucapan di stesen TV, Presiden Azerbaijang, Ilham Aliyev berikrar pasukan tenteranya akan memperoleh kemenangan.

“Kami akan menang pertempuran ini. Tentera Azerbaijan sedang berperang di wilayahnya,” katanya.

Insiden pertempuran itu turut mendapat perhatian negara antarabangsa termasuk Turki yang menyatakan sokongan penuh kepada Yerevan untuk melindungi integriti wilayah mereka.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dalam satu kenyataan menggesa kedua-dua pihak bertelagah menghentikan sengketa tersebut dan segera kembali mengadakan rundingan tanpa syarat.

“Tindakan ketenteraan perlu dihentikan untuk mengelakkan konflik menjadi lebih buruk,” jelasnya.

Sementara itu, Rusia meminta gencatan senjata dilaksanakan oleh kedua-dua negara yang pernah menjadi sebahagian daripada negara Kesatuan Soviet dan menggesa rundingan dimulakan bagi meredakan ketegangan tersebut.

Selama empat dekad, Armenia dan Azerbaijan terlibat dalam konflik tiada penyelesaian berhubung wilayah Nagorno-Karabakh yang diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada Baku, namun dikawal etnik Yerevan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!