PKPD di penjara, kuaters Taman Ehsan di Tawau, dilanjut 9 Oktober

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau, Sabah, dilanjutkan selama 14 hari bermula 26 September hingga 9 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di kedua-dua lokasi berkenaan bermula 11 hingga 25 September lepas.

“Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu positif koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan ialah dua angka sehari dan pada 23 September, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan tersebut selama 14 hari bermula semalam (26 September) hingga 9 Oktober ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut, ekoran peningkatan kes baharu positif Covid-19) yang melonjak ke angka tiga digit iaitu 100 kes dicatat dan sebanyak 62 kes daripadanya dalam tempoh 24 jam melibatkan kluster penjara di Tawau dan Lahad Datu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, penduduk di Tawau tidak perlu khuatir kerana keadaan di luar Penjara Tawau akan seperti biasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: