X

Kindly register in order to view this article
!

Kemenangan GRS bukti rakyat terima Muhyiddin

Tuan Ibrahim (dua,kanan) mencabut undian di Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-kerja di Bawah Peruntukan KASA Bagi Jajahan Kota Bharu di sini hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) Sabah membuktikan penerimaan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan itu juga menjadi isyarat jelas bahawa tiada satu parti pun yang dominan di negara ini dan gabungan merupakan realiti baharu politik negara ketika ini.

"Ia isyarat jelas apabila Warisan tewas dan gabungan ini diterima. Rakyat menerima tindakan Perdana Menteri terutama pakej ekonomi yang disediakan untuk membantu rakyat yang berdepan kesan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Rakyat juga membuktikan kita semua perlukan permuafakatan dan kita perlu duduk dan berbincang. Ini satu realiti politik yang berlaku di negara kita. Bukan satu parti boleh membuat keputusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-kerja di Bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Bagi Jajahan Kota Bharu di sini hari ini.

Menurutnya, kemenangan itu juga memberi indikator yang agak baik dari masa ke masa walaupun politik ada cabaran tersendiri.

Beliau juga memberitahu, walaupun sejak kebelakangan ini Pas dan UMNO dilihat saling meminta penjelasan dalam setiap perkara yang dilakukan, namun itu perkara normal jika jika berlaku kekusutan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan Ketua Menteri Sabah, beliau berkata, Pas menyerahkan perkara tersebut kepada perbincangan mereka yang terlibat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!