Pantai Batu Hitam dinaik taraf

Saifuddin (dua dari kanan) menghadiri program mengacau bubur asyura di Masjid Jamek Beserah, Kuantan hari ini.
Saifuddin (dua dari kanan) menghadiri program mengacau bubur asyura di Masjid Jamek Beserah, Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk menaik taraf Pantai Batu Hitam di sini bagi memastikan kawasan berkenaan terus berpotensi menarik kedatangan pelancong luar dan dalam negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf medan selera, membina pelantar dan dataran di kawasan terbabit.

"Peruntukan sudah diluluskan dan ia dalam proses Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

"Kerja menaik taraf ini dilakukan bagi menarik pelancong luar datang ke negeri ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program mengacau bubur asyura di Masjid Jamek Beserah hari ini.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, beliau akan mengadakan lawatan di satu lagi lokasi pelancongan baharu iaitu Pulau Ular pada minggu hadapan.

Menurutnya, lawatan tersebut bagi melihat bentuk kemudahan yang diperlukan di kawasan tersebut sebelum ia dimajukan.

"Kita akan ke sana untuk melihat apakah keperluan kemudahan di kawasan berkenaan, selain pembinaan dua jeti di pulau itu," katanya.

Artikel Berkaitan: