PBS sokong siapa sahaja Ketua Menteri baharu

Bendera Parti Bersatu Sabah
Bendera Parti Bersatu Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) menyokong siapa sahaja yang bakal menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Difahamkan, calon Ketua Menteri Sabah adalah antara Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Menurut sumber, PBS sebagai rakan sekutu sudah memeterai persefahaman yang dibuat sebelum ini termasuk menyokong siapa sahaja calon Ketua Menteri Sabah.

“Kita sentiasa mengadakan perbincangan bersama rakan BN dan PN, tidak ada soal membantah atau tidak menyokong mengenai pelantikan Ketua Menteri Sabah baharu.

“Dari awal lagi kita sudah memberi sokongan melalui pemeteraian yang sudah dibuat bersama PN. Jadi tiada masalah dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji, Bung Moktar ke Istana Negeri

Sumber itu berkata, majlis angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dalam kalangan wakil BN atau PN dijangka pada jam 4 petang ini.

“Namun, ini belum pasti lagi, tapi kita tunggu sajalah. Kami akan ke sana juga nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: