PDRM teliti aspek kesalahan Manogaran

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa Pengarah Pengurusan Bukit Aman diantara Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan (kiri) kepada Datuk Abd Rahim Jaafar (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa Pengarah Pengurusan Bukit Aman diantara Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan (kiri) kepada Datuk Abd Rahim Jaafar (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti aspek kesalahan terhadap calon PH, M Manogaran susulan laporan polis yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kita akan kaji aspek kesalahan sama ada ia berkaitan dengan tanggungjawab polis, SPR atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jadi tindakan akan diambil berdasarkan laporan yang dibuat itu," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: SPR buat laporan polis terhadap M Manogaran

Manogaran sebelum ini didapati melanggar undang-undang pilihanraya dengan memakai baju berlogo parti ketika memasuki salah sebuah pusat mengundi bagi PRK Cameron Highlands, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, susulan persetujuan kerajaan dalam menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, lebih tiga tahun lalu, Mohamad Fuzi berkata, PDRM mengalu-alukan penubuhan ini dan proses ini sedang berjalan.

"Kita akan bentuk satu jawatankuasa untuk persiapan ini bagi keperluan proses RCI ini nanti.

Artikel Berkaitan:

"RCI ada ahli-ahli yang telah dilantik oleh pihak kerajaan dan perluka pengesahan dari Yang di-Pertuan Agong. Jadi kita tunggu siapa yang akan dilantik dan polis sedang buat persiapan sewajarnya," katanya.

Pada Mei 2015, polis mengumumkan penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara di kawasan berbukit di Wang Kelian.