X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan Raja Laut 1 kini dikenali Jalan Palestin

Nor Hisham (kanan) dan Duta Besar Palestin secara rasmi merasmikan Jalan Palestin di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 di sini kini ditukar kepada Jalan Palestin.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019 lalu.

Kenyataan itu memaklumkan dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada pihak DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

"Penamaan Jalan Palestin ini adalah sebagai simbol sokongan negara Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.

"Proses untuk mengenalpasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur yang ditetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain," katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin secara rasmi merasmikan Jalan Palestin di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur, semalam.

Ini menjamin dan memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang bersaudara dan mengesahkan sokongan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada Palestin serta rakyatnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!