Suasana di pintu masuk Istana Negeri masih tenang

Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan pengamal media bagi mengetahui perkembangan istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu yang dijangka di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

A
A
A

KOTA KINABALU - Keadaan di depan pintu masuk Istana Negeri Sabah setakat jam 2.20 petang ini masih tenang dengan kawalan ketat oleh pihak polis.

Petugas media juga telah berkumpul di pintu masuk istana berkenaan sejak awal pagi bagi memperoleh jawapan teka-teki siapa bakal menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pada jam 1.30 tengah hari tadi kelihatan sebuah kereta hitam membawa Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali masuk ke kawasan istana.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Hajiji, Bung Moktar ke Istana Negeri

Artikel Berkaitan: