PRN Sabah: Jentera UMNO Terengganu diminta buat 'swab test'

Ahmad Said
Ahmad Said
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua jentera UMNO Terengganu yang pulang berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diminta menjalani saringan kesihatan koronavirus (Covid-19) atau 'swab test' bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya telah dimaklumkan semua yang terlibat telah menjadi ujian berkenaan dan keputusannya negatif kecuali dua individu yang bergejala dan sedang menjalani rawatan.

"Bagi individu yang disahkan negatif, saya minta mereka sekali lagi menjalani 'swab test' dan mengikuti arahan pihak berwajib termasuk kuarantin selama 14 hari.

"Saya juga dimaklumkan bahawa semua kontak rapat dengan individu yang bergejala sudah menjalani 'swab test' dan dikuarantin," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook rasminya hari ini.

Susulan itu, Ahmad telah mengarahkan semua aktiviti melibatkan UMNO Terengganu ditangguhkan selama 14 hari bermula semalam dan akan disambung kembali mulai 10 Oktober depan.

"Saya memohon maaf atas segala ketidakselesaan yang berlaku dan berdoa agar isu ini dapat diatasi segera atas kerjasama semua pihak.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kempen di PRN Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan: