X

Kindly register in order to view this article
!

Kemenangan bukti rakyat terima GRS: Pas

KAMARUZAMAN MOHAMAD
A
A

SHAH ALAM - Pas berharap perpaduan yang telah terjalin dapat dikekalkan untuk kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi bukti penerimaan rakyat Sabah terhadap gabungan yang bersama Kerajaan Persekutuan, sekali gus menolak Warisan yang gagal mentadbir negeri itu.

"Maka, menjadi sebuah tanggungjawab buat Kerajaan Sabah yang baharu untuk melaksanakan Aku Janji GRS seterusnya menaiktaraf hidup rakyat Sabah ke tahap lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua calon GRS yang menang serta kepada jentera Pas yang komited dalam membantu kemenangan berkenaan.

"Pas melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kemenangan dalam PRN kali ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus

BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!