Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba bertugas sedang menjalankan pemeriksaan terakhir bagi memastikan api dipadamkan dengan sepenuhnya
Anggota bomba bertugas sedang menjalankan pemeriksaan terakhir bagi memastikan api dipadamkan dengan sepenuhnya
A
A
A

MARANG - Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah pusaka berusia lebih 30 tahun didiami mereka di Kampung Kijing di sini, terbakar, petang semalam.

Menurut mangsa, Mohd Hafiz Mohd Yusri, 28, kebakaran kira-kira jam 6 petang itu bukan sahaja menyebabkan dia dan dua bapa saudaranya terpaksa menanggung kerugian hampir RM100,000 tetapi turut kehilangan tempat tinggal sekelip mata.

"Semasa kejadian, saya berada di Pulau Kapas kerana bekerja sebagai pemandu bot dan memang ada ternampak kepulan asap tebal seperti berlaku kebakaran.

"Beberapa minit kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada jiran sebelah rumah memaklumkan rumah pusaka milik nenek terbakar sebelum bergegas balik dan setibanya di rumah, saya dapati api sudah dipadamkan. Pada masa kejadian, saya dimaklumkan hanya seorang bapa saudara berada di rumah tetapi sempat menyelamatkan dirinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Yahya Hanafi berkata, pihaknya mengambil masa lebih 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran.

Katanya, punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: