Tujuh tahun pemergian Ustaz Azizan

Azizan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah mulai 9 Mac 2008 sehingga Mei 2013.
Azizan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah mulai 9 Mac 2008 sehingga Mei 2013.
A
A
A

YAN - Bagi memperingati tujuh tahun pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dijemput Ilahi pada 26 September 2013, The Ummah Talk dengan kerjasama Persatuan Warga Penyayang mengadakan satu majlis bertempat di Dewan Anjung Ikan Bakar, Kota Sarang Semut di sini.

Majlis berkenaan yang dikendalikan oleh Azril Haniff Amir Hamzah, Khamis lalu menampilkan barisan panel iaitu bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; anak Allahyarham, Ahmad Faiq serta bekas Exco Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

Ahmad Faiq menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Muasasah Darul Umum, Pokok Sena kelmarin.
Ahmad Faiq menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Muasasah Darul Umum, Pokok Sena kelmarin.

Objektif majlis berkenaan diadakan bukan berasaskan platform politik, sebaliknya untuk mengenang kembali keperibadian Allahyarham yang boleh dijadikan teladan serta ikutan orang ramai.

Azizan meninggal dunia berikutan jangkitan kuman dan masalah kesihatan yang lain.

Mukhriz ketika berkongsi pengalamannya menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin berjiwa besar dan sentiasa melebihkan rakyat.

Menurut Mukhriz, walaupun berbeza parti politik pada masa itu, Allahyarham sentiasa menjemput mereka ke majlis-majlis yang dianjurkan.

Potret keluarga Allahyarham Azizan.
Potret keluarga Allahyarham Azizan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahmad Faiq yang merupakan anak ketujuh daripada 14 beradik mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sungai Limau yang mengundi Allahyarham bapanya itu sebelum ini.

Tambahnya, kenduri tahlil turut diadakan kelmarin di rumah salah seorang penduduk, Ahmad Said di Bukit Choras, Pendang.

Azizan mendukung Ahmad Faiq yang merupakan cahaya matanya yang ketujuh.
Azizan mendukung Ahmad Faiq yang merupakan cahaya matanya yang ketujuh.

“Daging-daging lembu diedarkan kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Turut hadir isteri Allahyarham, Toh Puan Faikah Sheikh Hamzah serta ahli keluarga.