Gaduh kerana proses pengambilalihan harta

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Negara 2018 Peringkat Kontinjen Kelantan, hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Negara 2018 Peringkat Kontinjen Kelantan, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KOTA BHARU - Perbalahan dua kumpulan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, awal pagi semalam melibatkan proses pengambilalihan harta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan 50 lelaki diupah menceroboh masuk ke kuil berkenaan.

“Mahkamah sudah mengeluarkan arahan untuk mengubah tapak, namun ketika proses pengambilalihan ini berlaku pergaduhan apabila kumpulan 50 lelaki ini bertembung dengan kira-kira lapan penganut Hindu yang menjaga kuil berkenaan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Insiden rusuhan tidak babit unsur perkauman ]

“Mereka yang menjaga kuil itu pula menghubungi rakan-rakan sebelum hampir 200 lelaki India tiba. Ketika kumpulan 50 lelaki itu cuba melarikan diri itulah berlaku perbalahan dan pergaduhan.
Artikel Berkaitan:


“Jadi, rumusan saya ini bukan perselisihan kaum, tetapi masalah semasa pelaksanaan pengambilalihan harta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Negara 2018 peringkat Kontinjen Kelantan, di Hotel Perdana, hari ini.